Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Saringan Darah Talasemia Pelajar Tingkatan 4 SMAM

    Pengambilan darah pelajar-pelajar yang belum di saring untuk talasemia telah dibuat di bilik komputer SMAM pada hari Khamis 7 Mac 2019 bermula dari 8.30 - 9.30 pagi. Ini adalah satu program percuma untuk menentukan samada pelajar-pelajar mengidap atau menjadi pembawa kepada talasemia. Semoga semua pelajar dalam keadaan sihat belaka InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Motivasi dan Nasyid bersama Nowtica

   Sesi motivasi dan nasyid yang disampaikan oleh kumpulan nasyid Nowtica bermula dari pukul 11.00 - 1.30 tengahari. Kumpulan ini menyampaikan lagu akapella dan minus one. pelajar-pelajar teruja dengan motivasi dan lagu-lagu nasyid yang dipersembahkan. Terimakasih kepada kumpulan Nowtica atas kesanggupan mereka bertandang ke SMAM dari bangi. 

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Insentif program Transformasi Diri 2018

  Hari ini Khamis 7 Mac 2019, 16 orang pelajar cemerlang SMA berserta Ustaz dan Ustazah telah dibawa ke Kuantan untuk melunaskan janji dalam program Transformasi Diri yang diadakan di SMAM semenjak 2 tahun lalu. Pelajar-pelajar dan guru-guru menaiki 2 buah van ke Kuantan untuk makan tengahari di Hotel Seri Malaysia, lawatan ke UIA dan lawatan ke pameran buku Big Bad Wolf di UMP gambang. Tahniah atas kecemerlangan SMA 2018.

Tag: SMAM 2019