Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Perhimpunan Rasmi Isnin 8 April 2019

 Perhimpunan rasmi Isnin  8 April 2019 bermula pada pukul 7.15 - 8.39 pagi. Ianya dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah selamatkan Sultan Kami dan lagu SMAN. Seterusnya ucapan diberikan oleh Cikgu Ridzuan, Cikgu Hidayah, Ustaz Zakwan, Penyampaian pingat MASISUPA Pusat 2019, ucapan Cikgu Aminah, Ustazah Azifah, Ustaz Shamsuddin dan akhirnya ditutup oleh ucapan Pengetua, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin.

Guru Bertugas Minggu 8 - 12 April 2019 ialah:
1. Cikgu Hidayah
2. ustaz Ridho

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Terimakasih Kepada Ustaz Doktor Mat Nawi Bin Mat Jusoh

   Warga SMAM ingin mengucapkan terimakasih yang tak terhingga kepada Ustaz Doktor Mat Nawi Bin Mat Jusoh yang sudi hadir ke SMAM pada Ahad 7 April 2019 untuk menyampaikan kurusus PEMANTAPAN SAHSIAH KEROHANIAN MUSLIM kepada warga Maran. Beliau sanggup datang dari jauh dengan keadaan tidak berapa sihat untuk berkongsi ilmu yang sangat berguna kepada warga SMAM. Semoga ALLAH membalas jasa baik beliau dengan ganjaran pahala yang sebesar mungkin. InsyaALLAH. Aaamiiiiiin.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Tahniah Kepada Semua Pelajar dan Guru yang berjaya menghadiri Kursus Pemantapan Sahsiah Kerohanian Muslim

    Warga SMAM mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada semua pelajar-pelajar dan guru-guru yang hadir pada Kursus Pemantapan Sahsiah Kerohanian Muslim yang diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 1.15 tengahari di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Kursus ini banyak memberikan perkongsian ilmu yang menarik dari segi bagaimana untuk meningkatkan potensi kerohanian sebagai seorang muslim. Tahniah dan terimakasih juga kepada Ustaz Farek yang berjaya menjadikan perkongsian ilmu ini sebagai satu...

Tag: SMAM 2019