Tahniah Kepada Semua Pelajar dan Guru yang berjaya menghadiri Kursus Pemantapan Sahsiah Kerohanian Muslim

    Warga SMAM mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada semua pelajar-pelajar dan guru-guru yang hadir pada Kursus Pemantapan Sahsiah Kerohanian Muslim yang diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 1.15 tengahari di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Kursus ini banyak memberikan perkongsian ilmu yang menarik dari segi bagaimana untuk meningkatkan potensi kerohanian sebagai seorang muslim. Tahniah dan terimakasih juga kepada Ustaz Farek yang berjaya menjadikan perkongsian ilmu ini sebagai satu realiti. Terimakasih dan tahniah.

Tag: SMAM 2019