Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

PAGI 9 MEI 2019 YANG MERIAH

   Kemeriahan dirasai di pagi Khamis 9 Mei 2019 di SMAM dengan kehadiran ibubapa/penjaga yang hadir ke SMAM untuk mengambil anak masing-masing untuk ke Majlis Penerimaan Biasiswa Yayasan Pahang 2019 di Dewan Arena Tasik Maran. Tahniah kepada yang menerima. Alhamdulillah.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

taklimat program penerimaan biasiswa yayasan pahang 2019

   Taklimat mengenai program penerimaan biasiswa Yayasan Pahang 2019 telag diberikan oleh Ustazah Azifah ditapak perhimpunan pada pagi ini Khamis 9 Mei 2019. Pelajar-pelajar SMAM akan bergerak ke Dewan Arena Taman Tasik Maran pada pagi ini untuk majlis bersama Yayasan Pahang. Seramai lebih dari 110 orang pelajar SMAM akan terlibat dengan majlis ini. Alhamdulillah.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

taklimat peperiksaan

  Taklimat peperiksaan telah diberikan oleh setiausaha peperiksaan dalaman, Cikgu Nor Hidayah kepada semua pelajar di tapak perhimpunan. Juga telah dimaklumkan sesi peperiksaan hari Khamis 9 Mei 2019 telah ditangguhkan kerana lebih 100 orang pelajar SMAM akan terlibat dengan program penyamapaian biasiswa di Arena Tasik Maran pada hari ini di bawah Yayasan Pahang.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Taklimat Pengurusan Kelas dan Asrama

   Taklimat ringkas mengenai pengurusan kelas dan asrama telah disampaikan oleh ustaz Azrul yang juga merupakan guru bertugas untuk minggu ini bersama Cikgu Immazura. Beliau menerangkan mengenai kepentingan menghantar slip kehadiran setiap pagi, kepentingan kebersihan asrama dan juga kepentingan penggunaan kad keluar masuk asrama.

Tag: SMAM 2019