Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

tadarus al-quran sempena Ramadhan 2019

   Tadarus Al-Quran telah dijalankan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM selepas solat Zohor berjemaah dari jam 2.00 - 2.40 petang. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang diselia oleh seorang guru. Program ini akan berjalan sehingga pelajar pulang untuk bercuti pertengahan tahun. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

tahniah kepada semua penerima biasiswa 2019 dan terimakasih yayasan pahang

    Warga SMAM mengucapkan tahniah kepada semua penerima biasiswa Yayasan Pahang 2019 terutamanya 110 orang dari SMAM. Semoga bantuan ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk memudahkan urusan perbelanjaan pendidikan semua pelajar. Terimakasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada pihak Yayasan Pahang yang sudi memberikan sumbangan biasiswa tersebut kepada semua anak-anak pelajar yang memerlukan. 

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

majlis penyampaian biasiswa sekolah menengah negeri pahang 2019

    Majlis Penyampaian Biasiswa Sekolah Menengah Negeri Pahang 2019 telah diadakan di Dewan Arena taman Tasik Maran, Pahang. Ianya turut disertai oleh pelajar-pelajar SMA Maran yang telah mendapat biasiswa bagi tahun 2019. Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada pihak Yayasan Pahang yang telah memebrikan sumbangan biasiswa kepada semua pelajar-pelajar. Terimakasih dan alhamdulillah.

Tag: SMAM 2019