Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2018"

Papar Artikel

Persediaan Akhir Pelajar 5A Sebelum Peperiksaan Sains SPM esok

   Pelajar-pelajar tingkatan 5A tidak melepaskan peluang masa yang masih berbaki untuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sains esok. Mereka berkumpul untuk meneruskan ulangkaji di kelas, asrama dan sekitar kawasan sekolah pada malam 28 November 2018. Tahniah dan diucapkan selamat maju jaya kepada mereka semua. Semoga ALLAH memberikan kemudahan dan merahmati mereka dan seterusnya memberi kejayaan dalam peperiksaan esok. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Program Mesra Masjid Peringkat Negeri Pahang 2018: Pertandingan Azan

    Alhamdulillah, SMAM telah menghantar wakil ke pertandingan Azan pada Program Mesra Masjid Peringkat Negeri Pahang 2018 yang diadakan pada malam 28 November 2018 bertempat di Kompleks Rakan Muda Maran. Wakil SMAM ini iaitu saudara AHMAD SHAHNUR HAFIZ BIN AHMAD TARMIZI telah menjadi wakil Daerah Maran ke pertandingan tersebut. Majlis bermula dari pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10.00 malam. Tahniah kepada semua peserta terutamanya saudara Shahnur yang sanggup datang dari...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Kelas Tambahan Sains SPM Terakhir 2018

    Pada hari ini Rabu 28 November 2018, telah dilaksanakan kelas tambahan terakhir subjek Sains SPM bagi tahun 2018 yang berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 2.30 petang. Walau bagaimanapun terdapat pelajar yang tidak dapat hadir kerana demam dan masalah kesihatan yang lain. Esok Khamis 29 November 2018, akan berlangsunglah peperiksaan subjek Sains SPM yang dijadualkan bermula pada jam 8.00 pagi bagi kertas 1 dan jam 10.00 pagi bagi kertas 2. Selamat menghadapi peperiksaan...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Makluman Kepada Pelajar (kemaskini 28 November 2018. 7.12 am)

    Kepada mana-mana pelajar yang mahu melihat atau memuat turun foto-foto sepanjang Jamuan Akhir Tahun Asrama 2018, anda boleh klik galeri - foto - Jamuan Akhir Tahun Asrama 2018. Juga telah dimuat naik foto-foto ragam pelajar di akhir tahun 2018 , Majlis Penyampaian Hadiah Aktiviti Selepas Peperiksaan 2018, Maulidurrasul 2018, Pertandingan Sepak Yem (KIKBO) , Temuduga Pengawas Sekolah dan PSS sesi 2019, Penyampaian Cenderahati Kepada Ahli Kelab MALAYSIAKU 2018 dan Penyampaian...

Tag: SMAM 2018