Kelas Tambahan Sains SPM Terakhir 2018

    Pada hari ini Rabu 28 November 2018, telah dilaksanakan kelas tambahan terakhir subjek Sains SPM bagi tahun 2018 yang berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 2.30 petang. Walau bagaimanapun terdapat pelajar yang tidak dapat hadir kerana demam dan masalah kesihatan yang lain. Esok Khamis 29 November 2018, akan berlangsunglah peperiksaan subjek Sains SPM yang dijadualkan bermula pada jam 8.00 pagi bagi kertas 1 dan jam 10.00 pagi bagi kertas 2. Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon SPM esok. Semoga anda dapat menjawab dengan baik. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018