SEMINAR SPM 2026 : SEJARAH

Seramai 6 orang pelajar dari Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang telah menyertai Seminar SPM 2026: Sejarah yang berlangsung di SMA Chenor pada 13 Jun 2026.

Program ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif akademik dalam membantu memperkukuh penguasaan pelajar khususnya bagi mata pelajaran Sejarah sebagai persediaan menghadapi SPM 2026. Kerjasama strategik antara institusi pendidikan ini diharapkan dapat meningkatkan kecemerlangan akademik calon-calon SPM.

Selain itu, sesi perkongsian ilmu dan perbincangan profesional antara guru kedua-dua sekolah turut dilaksanakan bagi memperkukuh jaringan kerjasama pendidikan serta meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR