PROGRAM STRAIGHT A’S: SAINS PERKASA KECEMERLANGAN SPM 2026

Seramai 9 orang pelajar Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang telah menyertai Program Straight A’s: Sains anjuran Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan JAIP pada 13 Jun 2026 bertempat di Dewan JAIP.

Program ini disertai bersama guru pengiring, Cikgu Adlin Lina serta pengisian ilmu oleh penceramah, Zawil Fathiha Binti Razali, dalam usaha memperkasa kecemerlangan akademik pelajar khususnya bagi menghadapi SPM 2026.

Semoga segala ilmu, teknik dan perkongsian yang diberikan menjadi pemangkin kejayaan buat para pelajar dalam mencapai keputusan cemerlang pada SPM 2026

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR