Hari Runding Cara Akademik (RCA) Tingkatan 5 2026

Pada 19 Jun 2026, pihak Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang telah mengadakan Program Runding Cara Akademik (RCA) Tingkatan 5 bagi membincangkan prestasi akademik pelajar selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Program dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Pengetua dan Pengerusi PIBG yang menekankan kepentingan kerjasama erat antara sekolah, ibu bapa dan pelajar dalam usaha mencapai kecemerlangan SPM 2026.

Melalui stesen yang disediakan mengikut mata pelajaran, ibu bapa berpeluang berjumpa secara langsung dengan guru-guru subjek untuk mendapatkan maklum balas prestasi anak-anak serta membincangkan langkah penambahbaikan yang bersesuaian.

Semoga usaha bersama ini menjadi pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan pelajar pada masa hadapan.

#KulliahSABPahang #RCA2026 #SPM2026 #PIBG #KecemerlanganAkademik

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR