TELAGA TUBE ETNIK ROHINGYA SUMBANGAN KULLIAH
Pekan ... 6 Jun 2017 .... Sumbangan warga Kulliah bagi melahirkan Ukhuwah Islamiah kepada Etnik Rohingya terlaksana dengan terbinanya telaga tube hasil dari sumbangan warga Kulliah sehingga dinamakan sebagai "Telaga Waddin". Pada bulan Mac yang lalu, pihak Kulliah telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (HALUAN) cawangan Pahang yang telah mengadakan program khas di Kulliah bagi tujuan pendedahan kepada warga kulliah berkaitan...
MAJLIS SUMBANGAN BANTUAN KEPADA PELAJAR & PELANCARAN IHYA' RAMADHAN
23 Mei 2017 .... Pekan .... Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah mengagihkan sumbangan pendidikan kepada semua pelajar Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang pada pagi ini. Setiausaha MUIP, Ybhg Dato' Ahmad Hairi bin Hussain telah sudi menyampaikan bantuan tersebut. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Encik Mohammad bin Ab Rahman, pengetua Kulliah.
Di dlam majlis sama, beliau juga telah melancarkan program Ihya' Ramadhan peringkat Kulliah bagi tahun 2017....
Di dlam majlis sama, beliau juga telah melancarkan program Ihya' Ramadhan peringkat Kulliah bagi tahun 2017....
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017 BERMULA
18 Mei 2017 ... Pekan ... Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan Enam bermula mulai hari ini. Seramai 606 orang pelajar tingkatan enam terlibat dengan peperiksaan tersebut. Manakala pelajar tingkatan 4 dan 5 telah memulakan peperiksaan terlebih dahulu bermula 9 Mei yang lalu. Peperiksaan akan tamat pada 26 Mei akan datang. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun ini dijangka keluar selepas cuti pertengahan tahun yang akan datang.
LAWATAN SUK PAHANG BERSAMA WAKIL SMAN KE TELEKOM MALAYSIA CYBERJAYA
15 Mei 2017 ... Cyberjaya ... Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang telah mengadakan lawatan kerja ke Telekom malaysia Cyberjaya dan Damansara Kuala Lumpur. Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat SUK Pahang dan beberapa pegawai dari Pejabat SUK. Turut serta di dalam lawatan tersebut ialah wakil dari Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang, termasuklah Ustaz Zaidi bin Ismail selaku Admin Sistem 1 Pahang Net Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan...