MAJLIS MALAM SRI INTAN KULLIAH

11 November ... Kuantan... Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar berjaya mengamit nostalgia bekas-bekas pelajar Kulliah apabila Persatuan Alumni Kulliah berjaya menganjurkan Program Majlis Malam Sri Intan Kulliah sempena Sambutan Jubli Intan Kulliah. Sejak ditubuhkan pada tahun 1941 sehingga sekarang, Kulliah berjaya mengeluarkan lebih 30,000 orang pelajar yang menceburi pelbagai bidang.

Pada Majlis tersebut, Persatuan Alumni telah berjaya mengumpulkan lebih 600 bekas pelajar Kulliah pelbagai generasi. Apa yang lebih menarik ialah, YAB Menteri Besar pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob telah hadir dan memberikan amanat kepada hadirin serta melancarkan Tabung Pembelian Bas bagi Kulliah. Dengan Pelancaran tabung tersebut, pihak alumni akan bergerak mencari dana bagi merealisasikan hasrat tersebut. Moga-moga hasrat tersebut akan dimaqbulkan oleh Allah swt.

Piahk Penganjur juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar di atas sokongan tersebut dan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis yang penuh makna tersebut.

Tag: Majlis Malam Sri Intan Kulliah