Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Papar Artikel

IFTAR JAMAIE KULLIAH

17 Jun 2017 .... Pekan ... Pihak Kulliah telah menganjurkan program Iftar Jamie bersama semua guru, kakitangan dan pelajar di Dataran Kulliah. Program tazkirah selepas maghrib dan solat Tarawikh juga diadakan sempena program ini. Iftar jamaie kali ini di hadiri oleh KPP Bahagian Pendidikan JAIP, Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad, Ahli jawatankuasa Alumni Kulliah dan keluarga guru dan kakitangan. Pihak sekolah mengharapkan supaya program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan antara semua warga...

Tag: Iftar Jamaie Kulliah

Papar Artikel

TABUNG KEMANUSIAAN SYIRIA

17 Jun 2017 ... Pekan .. Unit Hal Ehwal Pelajar Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang telah mengadakan ceramah khas "Penderitaan Rakyat Syiria" di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah di sini. Ceramah telah disampaikan oleh seorang rakyat Syiria yang sedang mencari dana bagi bantuan kemanusiaan di Malaysia. Di dalam ceramah tersebut, beliau telah berkongsi duka terhadap apa yang telah berlaku di Syiria yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia.

Di dalam majlis yang sama, tabung...

Tag: Ceramah Syiria Kulliah

Papar Artikel

BUDAYA HIDUP BERSAMA AL-QURAN

17 Jun 2017 ... Pekan ... Budaya hidup bersama al-Quran menjadi identiti pelajar Kulliah. Pelbagai program kesedaran kepada pelajar dilaksana bagi membolehkan pelajar menghayati kehidupan sebenar "Ibadurrahman" yang dikehendaki oleh Allah swt. Di antaranyaa, ialah budaya hidup dengan al-Quran. Setiap masa kosong dan tak kira di mana pelajar berada, al-Quran sentiasa di tangan dan meniti dibibir pelajar. Itulah harapan kepada bakal pembela agama yang keluar dari Kulliah al-Lughah Waddin...

Tag: Kulliah budaya hidup bersama al-Quran

Papar Artikel

QIAMULLAIL PERDANA

17 Jun 2017 .... Pekan ... Unit Kerohanian Hal Ehwal Pelajar Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar Pekan telah menganjurkan program Qiamullail perdana pada setiap malam di dataran Kulliah. Tujuan program ini adalah betujuan meningkatkan kesedaran dan penghayatan pelajar terhadap ibadah puasa. Pelbagai program sempena bulan Ramadhan telah drancang dan dilaksanakan oleh Unit Kerohanian termasuklah iftar perdana, tadarus al-Quran dan lain-lain.

Tag: Kulliah qiamullail