Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Papar Artikel

GOTONG ROYONG MENJAYAKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MASJID PADANG POLO

23 Julai 2017... Pekan... Seramai 30 orang pelajar Kulliah As-Sultan Abu Bakar pahang membantu menjayakan program sambutan hari raya Masjid Padang Polo pada 23 Julai 2017. Pelajar-pelajar tersebut bersama-sama penduduk ahli qaryah masjid menyediakan juadah untuk majlis tersebut termasuklah satay. Dengan kerjasama yang erat di antara guru dan pelajar Kulliah dengan Masjid Padang Polo, Majlis Sambutan Hari Raya kali ini berjalan dengan lancar.

Tag: Masjlis sambutan Hari Raya Masjid Padang Polo Kulliah

Papar Artikel

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG

24 Julai 2017 ..... Kuala Rompin. Jabatan Agama Islam Pahang telah mengadakan Jamuan Sambutan Hari Raya tahun 1438 H di Kuala Rompin. Seiap tahun JAIP akan mengadakan jamuan hari raya di daerah yang bebeza. Pada tahun ini, Rompin telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi majlis tersebut. Semua Pejabat Agama Islam Daerah dah Sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang membuka gerai masing-masing. Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar menyediakan juadah Nasi Beriani Gam dan lemang. Semoga...

Tag: Sambutan hari raya jaip Kulliah Nasi Beriani Gam

Papar Artikel

PEPERIKSAAN LISAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) 2017 TELAH BERMULA

17 Julai 2017 ... Pekan... Pelajar-pelajar tingkatan enam yang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan menghadapi Ujian Lisan mulai 17 Julai 2017. Peperiksaan ini akan berjalan selama 2 minggu, Mata pelajaran yang terlibat dengan ujian lisan ialah al-Quran, Mutola'ah dan hadis. Seramai 600 orang pelajar Kulliah akan mengambil peperiksaan tersebut. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan baik. Ameeen.

Tag: Ujian Lisan STAM

Papar Artikel

SEMINAR KECEMERLANGAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) TAHUN 2017

14 Julai 2017... Pekan ... Seminar Kecemerlangan Sijil Menengah Agama (SMA) bagi tingkatan 4 telah diadakan mulai 14 julai sehingg 18 Julai 2017. Tujuan seminar adalah supaya para pelajar didedahkan dengan format peperiksaan sebenar dan kaedah pemarkahan yang lebih tepat. Penceramah yang dijemput terdiri daripada guru-guru pakar mata pelajaran SMA dari Sekolah Agama Negeri yang lain. Semoga seminar ini dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan SMA yang dijadualkan pada bulan...

Tag: Seminar Sijil Menengah Agama