LATIHAN USRAH NUQABA'
7 Mac 2017 .... Pekan .... Unit Kerohanian Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang telah mengadakan latihan mengendalikan usrah kepada Ketua-Ketua Nuqaba' yang telah dipilih dari kalangan pelajar. Seramai 30 orang pelajar muslimin dan muslimat telah didedahkan cara mengendalikan usrah secara tersusun. Pihak Kulliah telah menggunakan khidmat Fasilitator dari luar bagi mengendalikan latihan tersebut. Semoga program ini dapat melahirkan Nuqaba'-Nuqaba' yang berketrampilan pada masa...
MAJLIS PERPISAHAN GURU
5 Mei 2017 ... Pekan ... Pihak Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan telah mengadakan Majlis Perpisahan guru yang akan bertukar dan telah menamatkan perkhidmatan. Ustaz Mohd Zain bin Mat Saman telah bertukar Ke SMA Al-Attas dan Puan Saidatul Zariah binti Hamdan telah bertukar ke SMA Al-Wosto Temerloh. manakala Encik Zairi Azri Mohd Tarmizi telah menamatkan perkhidmatan guru ganti selama 3 bulan.
Pihak Kulliah sentiasa mendoakan kesejahteraan semua guru tersebut. semoga dapat...
Pihak Kulliah sentiasa mendoakan kesejahteraan semua guru tersebut. semoga dapat...
SEMINAR BAHASA ARAB SPM DAERAH PEKAN
2 Mei 2017 ... Pekan ... Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pekan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan JAIP, telah menganjurkan Seminar Bahasa Arab SPM bagi pelajar tingkatan 5 dari 6 buah sekolah Daerah Pekan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Kulliah. Seramai 140 pelajar telah mengikuti seminar satu hari tersebut. Seminar tersebut dirasmikan oleh KPP Bahagian Pendidikan JAIP, Ust Abu Bakar bin Mad Saad. Beliau menegaskan kepentingan pelajar-pelajar menguasai Bahasa Arab kerana ianya adalah...
PELAJAR CEMERLANG DARI 4 BUAH SEKOLAH AGAMA DIRAIKAN OLEH YH DATO MOHD NIZAR BIN DATO' SRI MOHD NAJIB
29 April 2017 ... Pekan ... YH. Dato' Mohd Nizar bin Dato' Sri Mohd Najib , Penasihat Kelab PERAMAH Parlimen Pekan, anak kepada YAB Perdana Menteri Malaysia serta isteri telah sudi meluangkan masa melawat Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang dan menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan STAM, SPM dan SMA dari Kulliah, SMA Tengku Ampuan Fatimah, SMA Al-Attas dan Sekolah Agama Majlis Ganchong. Turut hadir ke majlis tersebut ialah YH. Dato'...