KARNIVAL SUKAN AKHIR TAHUN

13 November 2017 ... Pekan ... Unit Kokurikulum Kulliah telah mengadakan Karnival Sukan sebagai aktiviti kokurikulum sebelum tamat sesi persekolahan 2017. Semua pelajar tingkatan 6 menyertai pelbagai pertandingan sukan termasuklah bola jaring, bola sepak, sepak takraw dan badminton. Karnival tersebut diadakan selama 3 hari. 

Karnival Sukan Kulliah kali ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua Kulliah, Ustaz mohammad bin Ab Rahman pada 13 November yang lalu. Beliau mengharapkan supaya semua pelajar dapat menyertai pertandingan-pertandingan yang telah disusun oleh pihak sekolah dengan penuh semangat kesukanan. 

Tag: Karnival Sukan Kulliah