PENYERAHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN RM 100 OLEH MUIP
Pada hari ini Jumaat 22 Mac 2019, satu majlis penyerahan wang bantuan persekolahan RM100 telah dilakukan oleh Majlis Ugama Islam Pahang(MUIP) kepada semua pelajar-pelajar SMAM. Penyerahan dilakukan dari kelas ke kelas oleh pegawai-pegawai MUIP. Alhamdulillah dan terimakasih diucapkan kepada pihak MUIP.
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA LAMAN WEB RASMI SMAN BIL 1/2019
Mesyuarat berlangsung dari jam 10.00pagi - 12.00 tengahari di Bilik Mesyuarat BTM yang dipengerusikan oleh Ketua Penolong Setiausaha (P) BTM. Mesyuarat membincangkan isu-isu yang melibatkan pengurusan laman web sekolah-sekolah SMAN. 2 guru dari setiap sekolah yang merupakan Web Master, telah hadir ke mesyuarat ini.
Perasmian MASISUPA Pusat Pada Hari Sabtu 23 Mac 2019
Semua dijemput hadir. InsyaALLAH.
Majlis Forum Perdana Hal Ehwal Islam Sempena MASISUPA Ke-35/2019
Majlis ini akan diadakan pada 24 Mac 2019 pada jam 9.00 malam di SMA Pulau Tawar. Dijemput semua menghadiri majlis ini. InsyaALLAH.