Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Kem Motivasi Solat

  Alhamdulillah. 5 orang imam muda dari SMAM telah berjaya menjalankan Kem Motivasi Solat yang disertai oleh 17 orang pelajar dari SMK Jengka 12. Program ini merupakan kerjasama diantara SMK Jengka 12 dan SMAM. Pelajar-pelajar SMAM ini telah diiringi oleh Ustaz Syarafi dan Cikgu Abdullah B Ismail. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Tag: kem motivasi solat SMAM jengka 12

Papar Artikel

KONPIP

   Alhamdulillah pada 14 hingga 16 April 2017, SMAM telah menjadi tuan rumah untuk Konvensyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) yang telah di jalankan oleh Alumni Pelajar Agama Pahang. Pelajar-pelajar mewakili badan dakwah dari 17 buah sekolah SMAN telah menyertai konvensyen ini, Tahniah kepada semua yang terlibat

Tag: KONPIP 2017 SMAM SMAN Pahang

Papar Artikel

Sambutan Israk dan Mikraj

   Alhamdulillah pada hari Jumaat bersamaan 14 April 2017, Bahagian Kerohanian 4K yang diketuai oleh Ustaz Farek telah berjaya melaksanankan sambutan Israk Mikraj. Sambutan bermula dengan perhimpunan pagi dan bacaan al-quran. Seterusnya diadakan pula solat hajat dan solat dhuha diikuti dengan bacaan ratib yang diketuai oleh Ustaz Farek sendiri.

   Sambutan diteruskan dengan sesi pengucapan awam mengenai kasih sayang terhadap nabi. Selepas rehat, majlis diteruskan dengan...

Tag: israk mikraj SMAM 4k

Papar Artikel

Pertandingan Merentas Desa SMAM 2017

   Alhamdulillah pada hari Jumaat bersamaan 7 April pertandingan merentas desa SMAM 2017 telah berjaya dilaksanakan. Pertandingan bermula pada pukul 8.45 pagi bermula dari Dewan Tun Abd Razak hingga ke simpang masuk Kampung Batu 55 dan seterusnya dari Batu 55 hingga ke penamat di Dewan Tun Abd Razak. Pertandingan ini secara keseluruhannya dimenangi oleh Rumah Ibnu Sina. Tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya guru, staff, pelajar, Polis dan JPAM.

Tag: merentas desa SMAM 2017