Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Ujian Penilaian Tahap 1 2019

   UPT1 akan berlangsung bermula Isnin depan 11 Mac 2019 hingga Jumaat 15 Mac 2019 untuk semua tingkatan. Jadual peperiksaan boleh di muat turun di ruangan muat turun - jadual UPT1 Tingkatan 1 - 5 2019 . Harap maklum.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Selamat Pulang Ke Kampung 8 Mac 2019

   Pada hari ini Jumaat 8 Mac 2019, SMAM meriah dengan kehadiran ibubapa/penjaga untuk mengambil anak masing-masing untuk dibawa pulang ke kampung. Semoga semuanya selamat dan dalam keadaan sihat dan kita akan bertemu semula pada hari Isnin 11 Mac 2019. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Persiapan Kelas Untuk UPT1

    Pada waktu akhir hari ini Jumaat 8 Mac 2019, semua kelas telah mengadakan gotong royong untuk menyusun meja kelas untuk digunakan di sepanjang Ujian Penilaian Tahap 1 (UPT1) 2019 yang akan bermula pada Isnin 11 Mac 2019. 

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Pemantauan Kantin Oleh GPK HEM

   Tahniah diucapkan kepada GPK HEM yang baru Ustazah Azifah yang sentiasa memantau keadaan kantin SMAM bukan sahaja dari segi penyediaan makanan untuk pelajar tetapi juga melibatkan keselesaan pelajar. Juga tahniah diucapkan kepada pengusaha kantin SMAM yang amat peka terhadap keperluan pelajar dan sentiasa menjaga kebersihan kantin SMAM sehingga diberikan Gred A oleh Pejabat Kesihatan Maran. Tahniah dan terimakasih.

Tag: SMAM 2019