Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Sembah Takziah atas pemergian KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Pahang

  ALMARHUM KDYMM SERI PADUKA AYAHANDA SULTAN HAJI AHMAD SHAH "RAJA BERJIWA RAKYAT".

     SULTAN PAHANG V ALMARHUM KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA AYAHANDA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH.,DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN., DK.(Perak), DK.(Johor), DK.(Kelantan),DK.(Terengganu), DK.(Perlis), DK.(Kedah), DKMB., DK.(Brunei), DK.(Negeri Sembilan), DK.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia).,...

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

taklimat ASPURA dan pengumuman cuti berkabung oleh Ustaz Azrul

   Selesai solat Isyak dan Terawih, Ustaz Azrul telah memberikan taklimat ringkas kepada pelajar-pelajar dan mengumumkan cuti berkabung esok 23 Mei 2019 atas kemangkatan Ayahanda Sultan Pahang @ YDP Agong Malaysia. Beliau memaklumkan pelajar-pelajar tidak dibenarkan balik dan program yang dijadualkan esok iaitu Program Khatam Al-Quran diteruskan seperti biasa. Beliau juga memeriksa kehadiran pelajar-pelajar ASPURA pada malam ini.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Solat Isyak dan Terawih Berjemaah 22 mei 2019

    Program solat Isyak dan Terawih berjemaah sempena Ramadhan diteruskan di Dewan Tun Abd Razak pada malam ini 22 Mei 2019. Imam Isyak ialah Saudara Akmal manakala Imam Terawih dan Witir ialah Saudara Amiruddin. Semoga ALLAH memberikan ganjaran yang terbaik untuk semua. InsyaALLAH. Aamiiin.

Tag: SMAM 2019