Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017

        Pihak admin ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ummat Islam terutamanya warga SMAM samada guru-guru, staff-staff, pelajar-pelajar, mantan-mantan guru SMAM dan mantan-mantan pelajar SMAM dimana jua anda berada. Semoga Ramadhan ini akan menghasilan KITA yang lebih beriman dan berkualiti. Cuti sempena Aidilfitri bermula dari 23 Jun 2017 hingga 2 Julai 2017. Selamat bercuti, jaga keselamatan diri dan berjumpa semula pada 3 Julai di SMAM.

 ...

Tag: SMAM AIDILFITRI 2017 ramadhan

Papar Artikel

Taklimat Kendiri Kantin dan Dewan Makan

        Pada hari Rabu 21 Jun 2017, satu sesi taklimat kendiri kantin dan dewan makan SMAN telah diadakan di Maahad SAS Jengka. Taklimat dihadiri oleh GPK-GPK HEM SMAN dan juga pegawai-pegawai JAIP yang terlibat. Sesi lawatan ke dewan makan Maahad SAS juga telah dilakukan untuk mempraktikkan ilmu-ilmu pengurusan yang telah disampaikan.

Tag: SMAN Maahad SAS JAIP SMAM

Papar Artikel

Penyerahan Sumbangan Aildilfitri Masjid As-Syakirin Maran

   Pada hari Selasa 20 Jun 2017, pelajar-pelajar anak-anak yatim SMAM telah menerima bantuan Aidilfitri Masjid As-Syakirin yang telah diadakan di Masjid itu sendiri. Sumbangan telah disampaikan kepada semua anak-anak yatim daerah Maran. Alhamdulillah dan terimakasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam majlis ini.

Tag: masjid as-syakirin anak yatim SMAM 2017

Papar Artikel

Majlis Khatam Al-Quran 2017

    Pada hari Rabu 21 Jun 2017, telah diadakan majlis khatam Al-Quran di Dewan Tun Abd Razak SMAM sempena penutup kepada program tadarrus Al-Quran yang diadakan dari 13 - 21 Jun 2017. Majlis dihadiri oleh semua warga SMAM termasuklan wakil dari PIBG. Majlis ini diselaraskan oleh setiausaha kerohanian 4K ustaz Farek. Selesai majlis, semua warga SMAM telah berbuka bersama-sama di dewan makan dan kantin sekolah. Selesai berbuka, semua warga SMAM bersama-sama bersolat Maghrib, Isyak dan...

Tag: khatam quran SMAM 2017 4k