Perhimpunan bermula pada jam 7.20 - 7.40 pagi di dalam Dewan Tun Abd Razak, SMAM kerana hari hujan. Guru yang memberi ucapan ialah Ustaz Zakwan selaku guru bertugas dan setiausaha sukan SMAM.
Satu sesi solat hajat dan tahlil telah diadakan selepas solat zohor berjemaah di Dewan Tun Abd Razak sempena bermulanya pembinaan blok ASPURI baru untuk menggantikan blok ASPURI yang terbakar pada 2017, SMAM. Selesai solat, pelajar-pelajar, guru-guru dan semua jemputan diraikan di dewan makan dan kantin sekolah.
Perhimpunan bermula pada jam 7.20 - 8.00 pagi. Ucapan diberikan oleh guru bertugas minggu lepas (Us. Azrul), guru bertugas minggu ini (Us. Zakwan), GPK HEM (Ust. Azifah) dan pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin.