Majlis diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada hari Rabu 27 Mac 2024 bermula dari jam 12.00 tengahari. Forum melibatkan seorang moderator (Ustaz Aminur) dan 3 orang panel iaitu Ustaz Fahmi, Ustaz Ridho dan anakanda Muhammad Aufa (wakil pelajar SMAM).
Pihak SMA Maran mengadakan tabung kutipan Infaq Ramadhan 1445H/2024 untuk mengutip dana bagi memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar SMA Maran yang layak untuk membantu mereka membuat persediaan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan di sambut nanti. Sumbangan boleh diberikan melalui akaun yang tertera di atas. Semoga ianya berjalan lancar. InsyaALLAH.
Program bermula dari 1 Ramadhan dan akan berakhir dengan khatam Al-Quran yang akan diadakan pada minggu terakhir persekolahan dalam bulan Ramadhan. Dalam program ini, pelajar-pelajar sekolah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan diketuai oleh seorang guru.