Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "MASISUPA"

Papar Artikel

Selamat Berjuang Warga SMAM yang Mewakili Zon 2!!!!

    Alhamdulillah, bas yang membawa warga SMAM yang mewakili pelbagai acara untuk ZON 2 telah selamat bertolak ke SMA Padang Tengku dan telah pun selamat sampai ke sana. Bas telah bertolak dari SMAM pada pukul 9.30 pagi dan selamat sampai ke tempat tujuan pada pukul 12.48 tengahari. Semua Warga SMAM mengucapkan selamat berjuang kepada wakil-wakil dari SMAM khasnya dan wakil-wakil dari Zon 2 amnya. Diharapkan MASISUPA Pusat 2018 di SMA Padang Tengku ini akan menjanjikan kejayaan yang...

Tag: MASISUPA 2018

Papar Artikel

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak bawah 18 antara SMAM dan SMK Maran

   Satu perlawanan persahabatan bola sepak bawah 18 tahun telah diadakan di padang bola SMAM diantara pasukan SMAM dan Pasukan SMK Maran 1. Perlawanan ini bertujuan untuk membantu guru-guru dari SMK Maran untuk membuat pemilihan pemain bagi pasukan mereka untuk persediaan MSSD. Sebelum ini, perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan telah dibuat sebagai persediaan SMAM untuk menghadapi MASISUPA Zon 2.

Tag: bola sepak MASISUPA 2018

Papar Artikel

Latihan Sepak Takraw Zon 2 di SMAM

    Pada hari ini Selasa bersamaan 13 Mac 2018, satu latihan Sepak Takraw diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM dimana pasukan ini yang berlatih di SMA Pulau Tawar telah dibawa menaiki van ke SMAM dengan diiringi oeh Ustaz Fakhrurrazi. Latihan bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Latihan diselia oleh Ustaz Fakhrur dan En Shamsul Kamar dari SMAM yang juga merupakan salah seorang panel pemilih takraw untuk zon 2.

Tag: sepak takraw MASISUPA 2018