Pihak admin web ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SMAM sempena cuti tahun baru cina ini. Jaga kesihatan dan keselamatan semua. Semoga berjumpa lagi selepas cuti berakhir
Pasukan Badminton perempuan SMAM juga tidak melepaskan peluang cuti tiba-tiba ini dengan mengadakan latihan di Dewan Tun Abd Razak pada pagi ini Khamis 31 Januari 2019. Semoga kejayaan bersama dengan anda. InsyaALLAH.
Pasukan ping pong perempuan SMAM juga tidak membazirkan cuti peristiwa yang diumumkan semalam 30 Januari 2019 dengan mengadakan latihan di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Semoga latihan yang dibuat akan memantapkan lagi kemahiran bermain mereka. InsyaALLAH.
Pasukan bola sepak pula mengadakan latihan dan pemilihan untuk pasukan B bawah 15 tahun yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2. Ianya bermula dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. Semoga pasukan ini akan dapat bermain dengan baik dan akan mencapai kejayaan yang diharapkan. InsyaALLAH.