Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2019"

Papar Artikel

Program Pencegahan Jenayah Cyber

   Satu program dinamakan Program Seminar Keselamatan Cyber telah dijalankan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari Jumaat 22 Februari 2019 bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini adalah anjuran bersama Pusat Internet Maran dan Empower ECER maran. Program melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 SMAM.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Perhimpunan Pagi Jumaat 22 Februari 2019

     Perhimpunan pagi Jumaat 22 Februari 2019 dimulakan dengan rutin membaca 2 surah secara beramai-ramai. Majlis bermula pada pukul 7,15 pagi. Selepas bacaan Al-Quran, Setiausaha Kokurikulum SMAM, Ustaz Khairun Nas telah berucap mengenai MASISUPA dan juga Karnival Ko Falak yang akan berlangsung pada hari Sabtu 23 februari 2019. Seterusnya ucapan disampaikan oleh GPK Pentadbiran Ustaz Shamsuddin Bin Ali. Majlis ditutup pada pukul 7.45 pagi.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Jamuan Meraikan Kecemerlangan SMA 2018

   Jamuan meraikan pelajar-pelajar tingkatan 4 2018 yang cemerlang dalam SMA 2018 telah dianjurkan oleh Ustaz Azrul, Ustaz Nas dan Ustaz Syarafi pada malam 21 Februari 2019 di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Menu utama yang dihidangkan ialah ayam barbeque. Tahniah atas kejayaan SMA 2018. 

Tag: SMAM 2019