Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Peringatan dari Tuan Pengetua SMAM kepada semua pelajar sempena persekolahan semula selepas cuti hari raya aidil adha

Assalamualaikum wbt,
Semoga semua warga SMA LEMBAH PERMATA berada dalam Kesihatan dan keredhaan Allah sentiasa.

Peringatan kepada semua pelajar asrama SMA LEMBAH PERMATA MARAN

1. Para pelajar dikehendaki kembali ke asrama pada hari ISNIN( 03.08.20) pada masa yang ditetapkan iaitu pada jam 2 petang hingga 6 petang kerana pihak asrama akan melakukan langkah-langkah  SOP bagi pelajar-pelajar asrama.

2. Pelajar-pelajar hendaklah membawa semua peralatan yang disenaraikan dalam surat sebelum ini.

3. Ibu bapa hanya boleh menurunkan pelajar-pelajar dan barang-barang sahaja tanpa ibu bapa keluar dari kereta ( drive through). Warden akan melakukan saringan kesihatan sebelum para pelajar masuk ke asrama.

 Mohon kerjasama Ibu bapa untuk  berada di kawasan sekolah tidak lebih daripada 15  minit untuk mengelakkan kesesakan. 

 - Pihak sekolah mohon kerjasama ibu bapa dan pelajar untuk sama-sama mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian/JAIP  untuk kejayaan kita bersama

Guru-guru juga telah cuba  melakukan yang terbaik demi menyambut kehadiran pelajar-pelajar kembali ke sekolah semula.
Proses nyah cemar telah dilakukan di semua kawasan sekolah .

Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memelihara dan mengurniakan kita semua kejayaan cemerlang dunia akhirat.

Sekian dimaklumkan , wassalam...

- Pengetua SMA LEMBAH PERMATA MARAN

Tag: SMAM COVID-19 2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini