PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017 BERMULA
18 Mei 2017 ... Pekan ... Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan Enam bermula mulai hari ini. Seramai 606 orang pelajar tingkatan enam terlibat dengan peperiksaan tersebut. Manakala pelajar tingkatan 4 dan 5 telah memulakan peperiksaan terlebih dahulu bermula 9 Mei yang lalu. Peperiksaan akan tamat pada 26 Mei akan datang. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun ini dijangka keluar selepas cuti pertengahan tahun yang akan datang.
LAWATAN SUK PAHANG BERSAMA WAKIL SMAN KE TELEKOM MALAYSIA CYBERJAYA
15 Mei 2017 ... Cyberjaya ... Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang telah mengadakan lawatan kerja ke Telekom malaysia Cyberjaya dan Damansara Kuala Lumpur. Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat SUK Pahang dan beberapa pegawai dari Pejabat SUK. Turut serta di dalam lawatan tersebut ialah wakil dari Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang, termasuklah Ustaz Zaidi bin Ismail selaku Admin Sistem 1 Pahang Net Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan...
SELAMAT HARI GURU ..... MOGA DIBERKATI OLEH ALLAH
16 Mei 2017 ... Pekan ... Selamat Hari Guru ... Wahai Guru .... Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kulliah Al-Lughah Waddin As-sultan Abu Bakar Pahang telah menganjurkan Majlis Sambutan hari Guru Tahun 2017 di Dewan SHAHS Kulliah. Acara pagi dimulakan dengan sukaneka dan permainan di padang. Manakala majlis sambutan pula diadakan di dewan SHAHS dengan penuh meriah dengan Tema "Secret Garden". Semua guru hadir dan pelbagai persembahan dari pelajar dan guru memeriahkan lagi majlis sambutan kali...
SEMINAR STAM 2017
12 Mei 2017 ... Pekan ... Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar telah mengadakan Seminar Matapelajaran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2017 bermula 12 - 14 Mei 2017. Seramai 600 pelajar tingkatan enam mengikuti seminar tersebut yang bertujuan memberi pendedahan teknik menjawab soalan. Seminar ini melibatkan semua 10 matapelajaran STAM. Pihak Kulliah telah menjemput guru pakar di dalam dan di luar Negeri Pahang bagi memberikan input berkesan kepada para pelajar....




