Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Papar Artikel

BUDAYA HIDUP BERSAMA AL-QURAN

17 Jun 2017 ... Pekan ... Budaya hidup bersama al-Quran menjadi identiti pelajar Kulliah. Pelbagai program kesedaran kepada pelajar dilaksana bagi membolehkan pelajar menghayati kehidupan sebenar "Ibadurrahman" yang dikehendaki oleh Allah swt. Di antaranyaa, ialah budaya hidup dengan al-Quran. Setiap masa kosong dan tak kira di mana pelajar berada, al-Quran sentiasa di tangan dan meniti dibibir pelajar. Itulah harapan kepada bakal pembela agama yang keluar dari Kulliah al-Lughah Waddin...

Tag: Kulliah budaya hidup bersama al-Quran

Papar Artikel

QIAMULLAIL PERDANA

17 Jun 2017 .... Pekan ... Unit Kerohanian Hal Ehwal Pelajar Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar Pekan telah menganjurkan program Qiamullail perdana pada setiap malam di dataran Kulliah. Tujuan program ini adalah betujuan meningkatkan kesedaran dan penghayatan pelajar terhadap ibadah puasa. Pelbagai program sempena bulan Ramadhan telah drancang dan dilaksanakan oleh Unit Kerohanian termasuklah iftar perdana, tadarus al-Quran dan lain-lain.

Tag: Kulliah qiamullail

Papar Artikel

TELAGA TUBE ETNIK ROHINGYA SUMBANGAN KULLIAH

Pekan ... 6 Jun 2017 .... Sumbangan warga Kulliah bagi melahirkan Ukhuwah Islamiah kepada Etnik Rohingya terlaksana dengan terbinanya telaga tube hasil dari sumbangan warga Kulliah sehingga dinamakan sebagai "Telaga Waddin".  Pada bulan Mac yang lalu, pihak Kulliah telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (HALUAN) cawangan Pahang yang telah mengadakan program khas di Kulliah bagi tujuan pendedahan kepada warga kulliah berkaitan...

Tag: Rohingya Kulliah

Papar Artikel

MAJLIS SUMBANGAN BANTUAN KEPADA PELAJAR & PELANCARAN IHYA' RAMADHAN

23 Mei 2017 .... Pekan .... Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah mengagihkan sumbangan pendidikan kepada semua pelajar Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang pada pagi ini. Setiausaha MUIP, Ybhg Dato' Ahmad Hairi bin Hussain telah sudi menyampaikan bantuan tersebut. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Encik Mohammad bin Ab Rahman, pengetua Kulliah.

Di dlam majlis sama, beliau juga telah melancarkan program Ihya' Ramadhan peringkat Kulliah bagi tahun 2017....

Tag: sumbangan muip Kulliah