Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Tag: "TahfizBestari"

Papar Artikel

KELAS PENGUKUHAN MATEMATIK SPM 2024

Jumaat / 27.12.2024

8.00 pagi - 12.30 Tengahari
Kelas pengukuhan matematik SPM (4 JAM) pagi ini bersama guru pakar Cikgu Wan Masol ( CWM ). Turut sama ialah guru matapelajaran cikgu Adlin Lina yang membantu kelancaran PdPC kali ini.
Bagi memantapkan lagi kefahaman pelajar, CWM telah menggunakan alat bantuan mengajar iaitu Portable Magnifier. ABM ini sangat bagus digunakan kerana kertas soalan boleh nampak dengan jelas.

Tag: TahfizBestari

Papar Artikel

Penyerahan Kit Alat Tulis MTSP kepada Pelajar SPM Kulliah 2024

Khamis / 26.12.2024
Alhamdulillah pada jam 9.00 malam sebentar tadi Cikgu Zairi Azri daripada Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang ( MTSP ) hadir ke Kulliah untuk menyerahkan sumbangan kit alat tulis kepada pelajar Tingkatan  5 SPM KULLIAH. Cikgu Zairi juga pernah mengajar di KULLIAH tahun 2018 yang lalu sebagai guru ganti.
Untuk sedikit maklumat, MTSP ini dinaungi oleh YAB Menteri Besar Pahang.
Rezeki anak2 pelajar .... syukur Alhamdulillah..

Tag: TahfizBestari

Papar Artikel

Program Pengukuhan Sains SPM & Program Motivasi di UnIPSAS

Khamis / 26.12.2024

Penghargaan dan terima kasih daripada Warga Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang kepada YH Profesor Dato' Dr Mohd Zamavi Naib Canselor Unipsas dan Program Motivasi yang dikendalikan oleh Encik Abi Sofian bin Abdul Aziz dari Fakulti Pengajian Pengurusan di UnIPSAS.
Seterusnya, Jutaan Terima Kasih kepada Puan Rahana binti Ahmad daripada SMK Paloh Hinai seorang guru pakar yang mempunyai pengalaman mengajar 26 tahun dalam bidang ini dan juga terima kasih saya...

Tag: TahfizBestari