BENGKEL "HEADCOUNT" GURU-GURU SMAN PAHANG
11 Oktober 2017 ... Pekan ... Unit Naziran Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan Bengkel Berkaitan "HeadCount" di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan di sini. Semua Guru Penolong Kanan Kurikulum dari 18 buah SMAN Pahang terlibat di dalam bengkel tersebut. KPP Bahagian Pendidikan, Ustaz Abu Bakar Mat Saad telah meyampaikan taklimat berkaitan keperluan semua sekolah untuk memastikan modul "Headcount" ini dilengkapkan oleh pihak sekolah. Ini kerana, modul ini adalah merupakan kayu ukur untuk melihat perkembangan dan kemampuan pelajar di dalam bidang akademik.