SEMINAR KECEMERLANGAN SPM SIRI 1/2026 PERKASA PERSIAPAN CALON SPM

Pada Sabtu, 23 Mei 2026, Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan SPM Siri 1/2026 sebagai inisiatif memperkukuh persediaan akademik calon-calon SPM.

Seminar ini memberi fokus kepada teknik menjawab soalan, pengukuhan kefahaman topik sukar serta strategi meningkatkan pencapaian peperiksaan, khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris (Writing) dan Bahasa Arab. Sesi telah disampaikan oleh Cik Norbaiti binti Bakari (SMK Seri Pekan) bagi Bahasa Inggeris serta Puan Nur Atikah binti Jamaludin (SMK Seri Bera) bagi Bahasa Arab.

Program ini diharap dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan, memahami skema pemarkahan dengan lebih berkesan serta mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM 2026.

“Usaha hari ini, kecemerlangan masa hadapan.”

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR