Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

HIMPUNAN HUFFAZ NEGERI PAHANG 2026

Alhamdulillah, seramai 108 orang pelajar KULLIAH Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar telah menyertai Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026 di Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan. Program berprestij ini menghimpunkan ribuan huffaz seluruh negeri dan disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, serta dihadiri YAB Menteri Besar Pahang bersama barisan kepimpinan negeri.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen tinggi Pengetua, Guru Penolong Kanan Kurikulum serta seluruh warga pendidik dalam memastikan kebajikan, pengurusan dan penyertaan pelajar berjalan lancar. Kesungguhan warga KULLIAH ini membuktikan iltizam berterusan dalam melahirkan generasi huffaz yang cemerlang dari aspek hafazan, akademik, sahsiah dan kepimpinan.

Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan Huffaz Rabbani yang berilmu, berakhlak mulia dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa serta negara.

"Memartabatkan Al-Quran, Membina Ummah Berilmu, Melahirkan Generasi Pewaris Kepimpinan Islam."

Tag: HimpunanHuffazNegeriPahang2026 MelahirkanGenerasiAlQuran HuffazPahang KulliahAlLughahWaddinAsSultanAbuBakar

0 komen

Sila berikan komen anda di sini