Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Papar Artikel

CERAMAH ISRA' MIKRAJ

14 Februari 2023 | Jerantut

Sempena peristiwa Isra' Mikraj yang telah berlaku pada bulan Rejab, SMA Pulau Tawar telah mengadakan satu ceramah khas sempena perisitwa tersebut. Ceramah Isra' Mikraj itu telah diadakan pada hari Selasa , bersamaan 14 Februari 2023 di surau SMAPT. Program telah diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shah bin Jamlus. Semua pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 menghadiri program tersebut .  

Tag: #program akhir tahun 2022

Papar Artikel

KURSUS HAJI & UMRAH

13 FEBRUARI 2023 | JERANTUT

Kursus Haji & Umrah telah berjaya dilaksanakan pada hari Isnin, 13 Februari 2023 di SMA Pulau Tawar. Program tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Hashim bin Shahidan . Beliau berpengalaman mengendalikan Jamaah Malaysia yang pergi mengerjakan Haji / Umrah di Tanah Suci Mekah. Kursus ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 1, 2 & 3. Kursus bermula pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi untuk penerangan secara teori di surau sekolah. Pada jam 10.30 pagi...

Tag: #program akhir tahun 2022

Papar Artikel

Pertandingan Khutbah SMA Pulau Tawar

10 Februari 2023 | 19 Rejab 1444 Hijrah | Jerantut

Pertandingan Membaca Khutbah Peringkat Sekolah telah berjaya dilaksanakan di surau SMAPT petang tadi. Pertandingan dikendalikan oleh pelajar-pelajar SMAPT. Ramai pelajar yang telah hadir menyaksikan pembacaan khutbah. Turut serta para asatizah SMAPT. Didoakan semoga pelajar-pelajar SMAPT menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Tag: #program akhir tahun2022