Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN KEPIMPINAN PELAJAR SMA PULAU TAWAR 2020

13 JANUARI 2020/10 JAMADILAWWAL 1441

JERANTUT, Bertempat di Dewan Al-Biruni Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar, Majlis Watikah Perlantikan Pengawas yang dirasmikan oleh Pengawai berhubungan sekolah, Cik Nurfakhriah binti Yusof.  Perlantikan ini terdiri darioada tiga badan pengawas iaitu pengawas sekolah,pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya. Ahli pengawas yang terlibat seramai 68 orang.

Majlis dimulakan dengan ucapan guru penolong kanan kurikulum mewakili tuan pengetua yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan pegawai polis, Cik Nurfakhriah serta merasmikan majlis tersebut. Beliau mengucapkan syabas yang tidak terhingga kepada semua pihak sekolah kerana menjemputnya bagi merasmikan majlis tersebut. Beliau berpesan kepada semua pengawas agar menjalankan tugas dengan  amanah,ikhlas serta jujur.

Penyerahan sijil watikah dimulakan dengan pengawas sekolah,pengawas pusat sumber dan akhir sekali pengawas pembimbing rakan sebaya. Selepas itu, ketua pelajar muhammad izzat membaca ikrar dengan penuh bersemangat.

Majlis tersebut diakhiri dengan menjemputb semua penerima watikah bergambar dan  menjemput Cik Nurfakhriah untuk menghadiri jamuan di kantin yang telah disediakan oleh phak sekolah.

 

Disunting oleh : Nurauni Fatini binti Ahmad Fauzi (tingkatan 5 Ar Razi)

Tag: #WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

0 komen

Sila berikan komen anda di sini