Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2021/2022

7 OKTOBER 2022 | 10 RABIULAWAL 1444H | JERANTUT

Program Hari Anugerah Kecemerlangan SM Agama Pulau Tawar (SMAPT) telah selesai diadakan pada pagi ini dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Pengerusi PIBG SMAPT telah memulakan ucapan dengan meraikan kehadiran wakil kepada ADUN Pulau Tawar, Dato’ Zulkarni bin Abu Bakar serta semua ibubapa yang telah hadir. Antara isi ucapan beliau adalah memohon peruntukan pembinaan dewan tertutup untuk sekolah kepada wakil ADUN. Tuan Pengetua juga turut menyampaikan sepatah dua kata kepada hadirin yang hadir. Pihak pentadbiran sekolah serta guru-guru telah berusaha bersungguh-sungguh untuk kecemerlangan murid-murid SMAPT. Harapan Pengetua agar ibu bapa murid dapat memberikan perhatian kepada pembelajaran anak-anak mereka. Usaha belajar bersungguh-sungguh oleh murid-murid amat diperlukan untuk kejayaan dan kecemerlangan akademik mereka. 

Tag: #hari anugerah 2022

0 komen

Sila berikan komen anda di sini