Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Hari Pertama Sekolah Norma Baru PKPP SM Agama Pulau Tawar

RABU | 24 Jun 2020

JERANTUT, Hari pertama persekolahan norma baru PKPP berjalan dengan lancar dan teratur mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin telah memaklumkan, garis panduan menetapkan pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh guru setibanya pelajar di pintu pagar sekolah dan sekiranya mereka bergejala, tindakan selanjutnya akan diambil.

Pada awal pagi lagi , Pengetua serta guru-guru telah bersedia menyambut kehadiran pelajar-pelajar di sekolah. Bagi pelajar-pelajar asrama, pemeriksaan suhu badan dilakukan di dalam kawasan asrama, sebelum pelajar-pelajar bergerak masuk ke sekolah. Pelajar-pelajar yang bukan tinggal di asrama, perekodan suhu badan dilakukan oleh guru-guru di pintu masuk kawasan sekolah.  

Pada waktu rehat pula, pelajar-pelajar berbaris mengikut tanda jarak 1 meter di lantai. Selepas itu mereka membawa makanan dan makan di dalam kelas.  Inilah antara antara kebiasaan baharu yang diamalkan oleh pelajar-pelajar sekolah ini. 

# KITA JAGA KITA 

Tag: #norma baru pkpp

0 komen

Sila berikan komen anda di sini