Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

PERSARAAN USTAZ AHMAD BAKHTIAR DAN USTAZAH ASIAH DIRAIKAN DALAM SUASANA PKPP

10 Julai 2020 | Jumaat

JERANTUT : Dua orang guru bersara telah diraikan di Majlis Keraian Persaraan SM Agama Pulau Tawar. Ketibaan Ustaz Ahmad Bakhtiar bin Yahya dan Ustazah Asiah binti Mat Zaki telah disambut oleh Pn Pengetua serta Guru-guru Penolong Kanan dengan iringan bunga manggar yang dibawa oleh murid-murid sekolah. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua murid tingkatan 4 dan 5 serta guru-guru . 

Pn. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Bakhtiar dan Ustazah Asiah di atas segala sumbangan yang telah dicurahkan kepada SM Agama Pulau Tawar. Didoakan semoga yang diraikan sihat sejahtera setelah bersara dalam perkhidmatan perguruan di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang. Jasa-jasa Us. Ahmad Bakhtiar dan Ustzh. Asiah akan dikenang oleh warga sekolah.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pn. Pengetua dan guru-guru kepada kedua insan yang diraikan. Program diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohammad Dawoud Abdullah Musleh. 

Putik baru mekar di laman,
 Kembang kudup kumbang terikat,
 Hargai guru sepanjang zaman,
 Agar hidup beroleh berkat.

Tag: #norma baru pkpp

0 komen

Sila berikan komen anda di sini