Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Program Motivasi Khas Membina Impian

8 Februari 2023 | 17 Rejab 1444 Hijrah | Jerantut

Satu program motivasi khas yang berjudul “Membina Impian” telah dilaksanakan di Dewan Galeri Mat Kilau, Pulau Tawar. Program dianjurkan oleh SMAPT telah berjaya diadakan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Sasaran adalah pelajar Tingkatan 3 SMAPT. Penceramah jemputan adalah Us. Mohamad Hashim Bin Shahidan. Antara objektif program adalah memberi kesedaran kepada pelajar tujuan mereka berada di SMAPT. Selain itu mendorong pelajar membina impian diri untuk masa akan datang dan menjadi pelajar yang jelas matlamat hidup di dunia ini. Doakanlah semoga pelajar kita menjadi insan yang mempunyai matlamat hidup yang benar kerana Allah SWT.

Tag: #program akhir tahun 2022

0 komen

Sila berikan komen anda di sini