Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

JASAMU DIKENANG USTAZ AZIZUL

8 MAC 2019 | JUMAAT
 
JERANTUT, Suasana hiba dirasai oleh warga SMA Pulau Tawar pagi ini. Perginya seorang Ustaz berpindah ke SMA Maran, di raikan dengan satu program Majlis JasaMu di Kenang pada pagi Jumaat. Program telah disertai oleh semua murid dan guru sebagai meraikan perpindahan Ustaz Azizul Azhar ke SMA Maran bermula pada minggu hadapan.
 
Program dimulai dengan ucapan Ketua Pengawas selaku mewakili semua murid. Ucapan terima kasih di atas segala jasa Ustaz Azizul mendidik murid-murid sekolah ini. Kemudian Ustaz Ibrahim menyampaikan ucapan mewakili semua guru. Ucapan tahniah di atas perlantikan sebagai guru tetap SMAN kepada Ustaz Azizul dan berharap Ustaz Azizul akan dapat berkhidmat di sekolah baru dengan lebih cemerlang. Kemudian Pengetua SMA Pulau Tawar menyampaikan ucapan selaku ketua pentadbir sekolah. Beliau mengucapkan terima kasih di atas segala jasa bakti yang telah dicurahkan oleh Ustaz di sekolah ini. Sekolah terasa kehilangan seorang Ustaz yang telah banyak menyumbangkan jasanya kepada sekolah. Diharapkan Ustaz Azizul akan dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan berupaya berkhidmat dengan lebih cemerlang. 
 
Program diakhiri dengan penyampaian hadiah daripada wakil-wakil tingkatan, pengawas sekolah serta guru-guru kepada Ustaz Azizul. Selepas itu diadakan sesi fotografi bersama guru-guru dan murid-murid, khas barisan pengawas-pengawas sekolah.

Tag: #usazizul berpindah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini