Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

KEMERIAHAN HARI PELANCARAN 4K PERINGKAT SEKOLAH 2019

13 FEBRUARI 2019 | RABU
 
JERANTUT: Pelancaran 4K peringkat sekolah SMA Pulau Tawar, telah berjaya dilaksanakan pada petang Rabu. Perasmian pelancaran 4K telah dilakukan oleh Puan Pengetua , Ustazah Saniah bt Muhammad. Antara ucapannya, beliau mencabar semua warga sekolah berkerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan anugerah 4K melebihi kejayaan pada tahun lepas. Pada tahun lepas SMA Pulau Tawar telah memenangi 2 anugerah. 
 
Program tersebut dimulai dengan bacaan doa oleh wakil pelajar. Selepas itu nyanyian lagu Negaraku dan lagu SMAN dinyanyikan oleh semua warga sekolah. Setiausaha 4K, Cikgu Noriati bt Aminudin, berpuashati di atas kerjasama semua ahli warga sekolah yang telah melibatkan diri untuk persediaan program tersebut. Beliau berharap pada tahun ini, SMA Pulau Tawar akan dapat meraih lebih banyak anugerah berbanding tahun lepas. GPK HEM, Ustaz Ibrahim bin Ahiatudin, menceritakan pengalaman beliau semasa melawat ke semua sekolah-sekolah SMAN. Beliau berharap agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang lebih baik dari tahun lepas.
 
Selepas ucapan perasmian pelancaran 4K sekolah, Pn. Pengetua serta semua GPK melakukan gimik membuang sampah ke dalam 3 tong sampah 3R. Program di akhiri dengan drama sketsa pendek oleh 3 orang pelajar sekolah. Suasana meriah jelas tergambar pada hari pelancaran 4K peringkat sekolah SMA Pulau Tawar bagi tahun 2019. Semoga SMA Pulau Tawar dapat meraih kejayaan yang lebih berbanding pada tahun lepas.

Tag: #PELANCARAN 4k

0 komen

Sila berikan komen anda di sini