Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

PERSARAAN CIKGU NORIATI BT AMINUDIN DALAM SUASANA PKPP

5 Februari 2021 | JUMAAT

JERANTUT : Pagi ini , 5 Februari 2021 merupakan hari terakhir perkhidmatan seorang guru yang telah banyak menabur bakti di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang. Beliau ialah Cikgu Noriati Binti Aminudin. Satu majlis ucapan jasamu dikenang telah diadakan di ruang khas pejabat Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar. Beliau diberikan kesempatan menyampaikan ucapan dan nasihat kepada semua warga sekolah menggunakan kemudahan siar raya sekolah. Ucapan beliau juga telah diikuti oleh ramai rakan dan bekas pelajar di laman Facebook Guru SMAPT secara siaran langsung . Inilah yang mampu dilakukan semasa PKPP masih berkuatkuasa di seluruh negara.

Sebelum itu , Puan Pengetua SMAPT telah menyampaikan ucapan. Beliau mengucapkan terima kasih di atas segala sumbangan yang telah dicurahkan oleh Cikgu Noriati bt Aminudin. Pihak sekolah terasa akan kehilangan Cikgu Noriati. 

Selamat Bersara Cikgu Noriati bt Aminudin. Jasamu tetap dikenang hingga ke akhir hayat.

Tag: # Persaraan Cikgu Noriati Aminudin

0 komen

Sila berikan komen anda di sini