Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

KARNIVAL SUKAN DAN ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH SMAPT 2019

25 JANUARI 2019 | JUMAAT

JERANTUT: Karnival Sukan dan Ilmiah Peringkat Sekolah SMAPT telah bermula pada petang Jumaat. Pelbagai acara yang telah dipertandingkan bagi mencungkil bakat murid-murid SMA Pulau Tawar . Antara acara yang telah dipertandingkan pada petang Jumaat adalah seperti tilawah , hafazan, syarahan B. Malaysia, syarahan B. Inggeris, syarahan B.Arab, bahas B. Malaysia, bahas B.Inggeris, bahas B.Arab, forum, khat, khutbah dan marhaban. Karnival ini akan berlangsung sehingga hari Ahad, 27 Januari 2019.

Ramai murid-murid yang berani masuk bertanding bagi mencungkil kebolehan masing-masing. Selain itu acara sukan juga turut serentak dipertandingkan. Antaranya ping pong, bola tampar, badminton, bola sepak dan sepak takraw.

Majulah Sukan Untuk Agama, Bangsa dan Negara.


Tag: MASISUPA sekolah smapt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini