Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2023

29 September 2022 | Jerantut

Majlis Penutup Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2022 , telah berjaya di laksanakan pada pagi ini dengan penuh gemilang di Dewan Al-Biruni SMA Pulau Tawar. Pengetua SMA Pulau Tawar telah memulakan ucapan pembukaan . Beliau mengucapkan syukur kepada Ilahi di atas nikmat kemerdekaan negara ini. Seruan kepada semua murid agar mempertahankan kemerdekaan negara ini dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi orang yang berilmu.
Selepas itu , En Roslan bin Kamaruddin selaku YDP PIBG sekolah menyampaikan sepatah dua kata. Beliau menyeru kepada semua murid  agar dapat merdekakan diri daripada budaya buli dan masalah disiplin sekolah. Jadilah murid yang berakhlak dan cemerlang dalam akademik. Selaku wakil ibu bapa , beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah melaksanakan tangungjawab mendidik anak-anak murid sehingga kini.

Tag: #bulan kebangsaan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini