Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Papar Artikel

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 & 5

24 Mac 2023 | Jerantut

Pagi ini di dewan Al-Biruni, SMAPT, telah diadakan program motivasi pelajar Tingkatan 4 & 5. Program telah dikendalikan oleh Cikgu Azahari bin Dol dari SMK Jengka Pusat 2. Antara isi penyampaian adalah berkaitan hala tuju selepas SPM. Pelajar-pelajar teruja mendengar ceramah motivasi yang telah disampaikan.

Tag: #cemerlang smapt

Papar Artikel

LATIHAN PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH

24 Mac 2023 | Jerantut

Pagi ini , semua pelajar yang telah dipilih menjadi pengawas sekolah , telah melakukan latihan penyerahan watikah pengawas. Penyerahan watikah penagawas akan diadakan pada minggu hadapan. Semua pengawas kelihatan segak dan bersungguh semasa melaksanakan latihan tersebut.

Tag: #Pengawas

Papar Artikel

KURSUS PENGHAYATAN BAHASA ARAB

24 Mac 2023 | Jerantut

Satu kursus penghayatan Bahasa Arab telah dilaksanakan di surau al-Hidayah , SMA Pulau Tawar (SMAPT). Program dikendalikan oleh Ustaz Mohamad Dawoud Abdallah Musleh. Peserta kursus terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Pelajar-pelajar berasa seronok belajar bahasa Arab. Selain cermah , juga terdapat aktiviti berkumpulan yang mana semua pelajar mesti bertutur bahasa Arab.

Tag: #cemerlang Bahasa Arab

Papar Artikel

MESYUARAT POSTMORTEM SMA

24 Mac 2023 | Jerantut

Satu mesyuarat postmortem SMA telah diadakan di bilik mesyuarat 1 SMA Pulau Tawar.(SMAPT)  Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengetua SMAPT. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar-pelajar Tingkatan 4 , 2023 . Mesyuarat  di hadiri oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran peperiksaan SMA.              

Tag: #cemerlang SMA