Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

PELANCARAN PERASMIAN 4K SMA PULAU TAWAR 2020

29 JANUARI 2020 | 3 JAMADIL AKHIR 1441H

JERANTUT. Pelancaran perasmian program 4K. SMA Pulau Tawar, bagi tahun 2020 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh gemilang. Program tersebut melibatkan semua warga SMA Pulau Tawar. Antara tujuan utama program ialah untuk memberi motivasi kepada semua warga sekolah agar dapat meningkatkan lagi tahap kebersihan , keceriaan, kerohanian dan keselamatan di sekolah.

Program ini juga bertujuan untuk mendidik  semua pelajar menjadi orang yang bertanggungjawab. Tema yang telah ditetapkan pada tahun ini adalah #SIFARSAMPAH #SEKOLAHBERSIH.

Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua. Beliau menyeru kepada semua warga sekolah agar dapat bersama-sama  bertanggungjawab  melaksanakan program 4K untuk menjadikan persekitaran sekolah dan asrama dalam keadaan yang bersih tanpa sampah.

Beliau amat tertarik dengan tema pada tahun ini kerana setiap tahun tema yang diberi ada kaitan dengan diri pel;ajar. Beliau berharap supaya semua warga sekolah dan pelajar dapat menjaga kebersihan persekitaran sekolah.

 

Disunting oleh:Nurauni Fatini Binti Ahmad Fauzi (Tingkatan 5Ar-Razi)

Tag: #sifar sampah #sekolah bersih

0 komen

Sila berikan komen anda di sini