Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

HARI PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 2 HINGGA 5 , MERIAH

31 DISEMBER 2018 | ISNIN

JERANTUT :
Hari Pendaftaran Murid Tingkatan 2 hingga 5 , SMA Pulau Tawar disambut meriah. Ramai ibu bapa dan penjaga murid telah hadir untuk mendaftar anak ke SMA Pulau Tawar bagi sesi 2019. Proses bermula dengan pendaftaran murid, pembayaran yuran sekolah dan PIBG, pendaftaran asrama, penerimaan buku teks dan pembayaran barangan keperluan murid di koperasi sekolah. Proses pembayaran yuran sekolah, PIBG dan asrama dilaksanakan secara atas talian ke sistem SPSMA JAIP. Tugas pengagihan buku-buku teks juga dibantu oleh murid-murid SMAPT.Terdapat juga beberapa orang ibu bapa dan penjaga murid yang berjumpa dengan Pengetua SMAPT, untuk membuat rayuan kemasukan anak-anak mereka ke sekolah ini.Setelah selesai, murid-murid dibenarkan masuk ke asrama. Sementara itu murid-murid tingkatan 1 akan dibenarkan masuk ke asrama pada 1 Januari 2019. Pada jam 12.30 tengah hari semua kaunter pendaftaran ditutup. Selepas itu guru-guru terbabit akan melakukan penyerahan wang kutipan yuran di pejabat sekolah.Semoga tahun 2019 membawa keberkatan dan kecemerlangan untuk warga SMA Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

 

Tag: #hari Pendaftaran MURID 2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini