Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SMA PULAU TAWAR 2019

2 JANUARI 2019 | RABU
 
JERANTUT : Hari pertama persekolahan SMA Pulau Tawar berjalan lancar. Program Solat Dhuha secara berjamaah telah diadakan di Dewan Al-Biruni. Semua guru dan murid terlibat dalam program tersebut. Selepas itu, Perhimpunan Rasmi pertama dilaksanakan di tempat yang sama. Perhimpunan dimulai dengan zikir Asma Ul-Husna, nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Pahang dan lagu SMAN.
 
Guru bertugas , Us. Bakhtiar memulakan ucapan dan dikuti beberapa guru yang lain. GPK Kurikulum, Pn Asmah bt Idris mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya dalam PT3 dan SMA. Beliau juga memaklumkan satu program bertutur dalam bahasa Arab akan dilaksanakan pada tahun ini.
 
GPK Ko-Kurikulum pula memaklumkan kepada semua, bahawa pada tahun ini SMA Pulau Tawar akan menjadi tuan rumah MASISUPA Pusat. Diharapkan ramai murid SMAPT akan berjaya melayakkan diri ke MASISUPA Pusat.
 
GPK HEM menyeru semua murid agar dapat menjaga disiplin diri dan sentiasa mengikut peraturan sekolah. Beliau juga memaklumkan kepada calon-calon SMA 2019, agar meletakkan target MUMTAZ. Ini adalah kerana mereka yang mencapai pencapaian MUMTAZ sahaja yang layak dipilih untuk mengikuti pembelajaran dan peperiksaan STAM di Sekolah-sekolah Agama Negeri Pahang.
 
Puan Pengetua pula menyeru agar semua murid berubah dan mempunyai azam baru untuk berjaya dalam menuntut ilmu di sekolah ini. Beliau menyeru agar ramai murid-murid yang dapat menghafaz ayat-ayat al-Quran. Oleh itu satu program untuk memberi motivasi kepada murid-murid agar dapat menghafaz ayat-ayat Juzuk 30 di sepanjang tahun 2019. Mereka yang berjaya akan diberikan hadiah. Puan Pengetua juga berharap agar semua murid dapat mengamalkan solat berjamaah pada setiap 5 waktu solat. Satu jadual giliran perkongsian ilmu oleh guru-guru SMAPT akan diadakan bagi mengisi kekosongan waktu selepas solat Maghrib di surau sekolah. Akhir sekali Puan Pengetua berdoa agar semua murid berjaya di dunia dan di akhirat.

Tag: #hari pertama 2019 smapt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini