Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

MAJLIS PENUTUP KARNIVAL SUKAN & ILMIAH SMA PULAU TAWAR

27 JANUARI 2019 | AHAD

JERANTUT: “Karnival Sukan & Ilmiah SMA Pulau Tawar berjaya mencungkil murid-murid yang berbakat.” Begitulah di antara ucapan perasmian penutup Karnival Sukan & Ilmiah SMA Pulau Tawar pada hari ini oleh Pn. Saniah bt Muhammad, AMP (Pengetua SMAPT). Beliau mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua warga SMA Pulau Tawar yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan program tersebut. Tanpa kesepakatan bersama, program tersebut tidak mampu dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Ucapan tahniah juga disampaikan kepada murid-murid dan rumah sukan yang telah berjaya memenangi pertandingan. 
 
Sebelum itu Pn. Noor Zalila bt Jamaluddin selaku GPK Ko-Kurikulum telah menyampaikan ucapan aluan dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama kalangan guru-guru, kakitangan serta murid-murid SMA Pulau Tawar. Kejayaan menjayakan program tersebut adalah kejayaan warga SMA Pulau Tawar. 
 
Acara akhir yang telah dipertandingkan pada pagi tadi ialah Nasyid murid-murid lelaki. Semua pasukan telah berjaya menyampaikan nasyid dengan berani dan baik. Khasnya kepada penasyid-penasyid murid-murid tingkatan 1. Tahniah diucapkan kepada SMA Pulau Tawar kerana telah berjaya melaksanakan program Karnival Sukan dan Ilmiah peringkat sekolah dengan jayanya. Semoga dengan semangat dan kerjasama yang sama akan menjadi bekal untuk menjayakan MASISUPA peringkat pusat di sekolah ini nanti. Insya Allah.

Tag: #penutup karnival sukan ILMIAH smapt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini