Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

GOTONG-ROYONG BERSEPADU SMA PULAU TAWAR

16 JUN 2023 | JUMAAT

Pagi Jumaat yang penuh keberkatan telah diagendakan dengan aktiviti gotong-royong di SMA Pulau Tawar. Semua warga sekolah telah melibatkan diri dengan aktiviti pembersihan dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah. Aktiviti gotong-royong diadakan sebagai persiapan program Mesyuarat Agung PIBG dan MASISUPA Zon 2. SMA Pulau Tawar telah dipilih menjadi tuan rumah MASISUPA Zon 2. 

Selain itu pelajar-pelajar yang terpilih menyertai pertandingan bagi acara MASISUPA Zon 2 membuat latihan persediaan bagi pertandingan tersebut. Diharapkan para peserta dari SMA Pulau Tawar memperolehi kemenangan dalam acara-acara pertandingan tersebut.

Tag: #GOTONGROYONG

0 komen

Sila berikan komen anda di sini